Berserah Pasrah
Aku sebenarnya benci dengan diri sendiri bila menulis entri percintaan yang rabak.
Sebab sebenarnya, bila difikirkan semula, segala sakit, segala derita,
itu semua bukan salah cinta. Kesian, sebab salah manusia yang
memutarbelitkan perhubungan. Bila kata tak seiring dengan rasa, bila
tindakan diselit dengan ragu, dan bila akhirnya kita terluka, senang
saja kesemua hati yang parah mendongak ke langit dan menyalahkan cinta.
Aku rasa manusia masa kini perlu belajar untuk merasa manis dalam setiap
yang mendatang, kedua-duanya yang baik atau buruk. Kerana masalahnya
begini, kita sentiasa membina satu jangkaan, satu expectation
yang tinggi. Contohnya bila kita menyukai seseorang, kita marah bila
kita bertepuk rasa sendiri. Rasa malu, rasa bodoh, rasa hati kena carik.
Rasa setiap sudut perasaan ditarik.
Itulah kau.
Fokus kau hanya pada yang indah.
Kau pun tahu, dalam sepanjang hidup kau yang tak berapa nak panjang ni,
kau akan jumpa seribu satu orang, kekal atau tidak itu lain cerita. Dan
kau tahu cinta yang abadi itu hanya untuk yang di atas, kekal untuk
disanjung, kekal untuk dijunjung. Aku tak nafikan, perasaan bila
bercinta itu manisnya bagaikan di syurga. Bila dua manusia berlainan
jantina bersatu, halal atau haram, kau akan rasa nikmat yang tak
terungkap dengan kata. Blissful, ecstatic, in seventh heaven.
Tapi kelakar sebenarnya, kelakar bila kita sebagai manusia masih boleh
mendabik dada dengan bangga dan mencanang cinta terhadap benda /
kejadian pinjaman dunia semata, yang mungkin esok atau lusa bakal
dibunuh mati. Kelakar juga bila perasaan boleh berubah-ubah, bila senang
mengaku rindu hari ini dan beralih rasa di kemudian hari.
Contohnya, ingat tak pasal ex kau tiga tahun dulu yang kau sibuk meroyan
saban hari, menangis bagai meratap orang yang dah mati? Eh tapi
sekarang, kau dah bahagia pun kan dengan yang lain, dengan yang baru?
Gitu.
Ini bukan setakat peringatan untuk kau, tapi untuk aku juga dan yang
seangkatan dengannya. Sebab aku takut, bila dah rasa suka, bila dah
terasa jatuh dalam dakapan manis cinta, selalunya aku akan lalai.
Selalunya aku akan lupa.
Aku alpa, manusia itu hatinya dipegang Tuhan, dan jika aku gandakan seribu satu kali kudrat dan tenaga sekalipun, jika si dia bukan jodoh aku, maka bukan lah.
Aku alpa, manusia itu hatinya dipegang Tuhan, dan jika aku gandakan seribu satu kali kudrat dan tenaga sekalipun, jika si dia bukan jodoh aku, maka bukan lah.
Dan selalu nya jika kau sudah merasa suka, seringkali kau membuat
persediaaan fizikal dan mental untuk ke tahap seterusnya. Di mana hendak
berjumpa, topup secukupnya, dan bekerja siang malam. Tapi kenapa kau
(dan aku juga) lupa hendak membuat persediaan, jika si dia itu bukan
kita yang punya? Pernah kau buat preparasi jiwa agar kental dan tabah
jika perhubungan terputus di tengah jalan?
" Yakin kan aku Tuhan, dia bukan milikkuuu.
Biarkan waktuu, waktuuu, hapus aku. "
Memang tak pasal je lah menangis bila terfikirkan probabiliti yang
mungkin terjadi sambil dengar playlist lagu Nidji. Mungkin engkorang
semua cakap aku ni fobia ataupun anxious melebih, mungkin juga separa gila dan terlampau overthinking.
Tapi serious lah ni, aku tanya ni.
Pernah tak terfikir, mungkin dia tu bukan kau punya?
Dah bersedia?