Total Pageviews

Tuesday 24 December 2013

Stop study :) jom cuci mata :D

Assalamualaikum !
Hee :D rindu nak update something something dekat sini .
And guess apa tajuk kita harini ?
" Letih study , jom cerita pasal wedding impian ":D

okay . aku sangat obses dan suka warna GOLD . jadi , InsyaAllah kalau Allah bagi izin jadi isteri orang nanti , wedding aku 98% temanya adalah warna GOLD :') HewHew . ini kira kenduri belah aku laaa , belah bakal suami aku , aku pun tak tahu warna apa -_- sebab siapa dia pun aku tak tahu lagi . HAHA >.<

PELAMIN :
Haaa . aku ni jenis tak suka serabut - serabut . suka yang simple , tapi nampak sangat comel dan selesa di mata aku . so semestinya , pelamin impian aku ialah pelamin yang TAK sarat dengan bunga - bunga . sikit bunga cukup lah , bagi nampak sweet , jangan melampau ! Euw ! dan semestinya juga , warna asasnya krim , kuning - kuning Gold sikit :') saya suka saya suka ! Bila cerita pasal kahwin ni dengan kawan - kawan , aku selalu tekankan yang kerusi pelamin aku , aku akan beli sendiri , and lepas kenduri , kerusi tu akan jadi sofa dekat rumah . and itulah JIMAT namanya :D seriously , aku suka simpan barang - barang as kenangan , so aku rasa better beli je sofa tu satu , then simpan , dan aku rasa setakat sofa comel tu , less than RM500 kot ! Boleh laa tahan pakai beberapa tahun kan ? :P And dekat bawah ni ada lah pelamin impian aku kalau diizinkan aku kahwin nanti :::


 Haaa ! nampak tak ? hihihi . orang kata , angan - angan adalah perkara yang perlu , tanpa angan - angan seakan - akan kita tiada wawasan kan ? :D so pelamin anganku harap - harap tak musnah la kan . 3 pilihan diatas , semuanya aku suka , but the most simple dan bajet paling kecil akan menjadi pilihan suatu hari nanti :) Dan untuk decoration pelamin , Farah Wahidah ( Paah ) akan buat !


BAJU NIKAH :
Okay . spesis aku jugak yang tak suka baju yang terlalu BERLABUCI sana - sini , aku tak suka kilat - kilat sangat , serabut serabut serabut ~ untuk baju nikah , aku lebih suka yang plain , warna lembut macam krim , peach , atau pink laa yang akan jadi pilihan :) sebenarnya , aku ni tak suka warna pink , tapi selalunya , perempuan kalau tak ada warna pink tak sah la kan ._.
Untuk menjimatkan belanja , aku akan beli kain dekat mana - mana kedai kain , KAMDAR NAGOYA etc . Then , aku akan hantar kepada Shafini untuk jahit baju , dan Farah Asyiqien untuk jahitkan tudung :D seperti yang aku kata awal tadi , this is my wedding impian , impian aku nak kawan - kawan yang buat apa yang aku akan pakai :) AKU BAYAR ! hahaha :D sebab apa , sebab aku tahu kawan - kawan aku ni profesional dalam bidang masing - masing :P So , if korang baca post ni , mohon tengok - tengok la mana patut ek ! haha :D


 Dan bila aku search kan , dua baju dekat atas ni nampak sweet and simple dimata aku . hanya beli 4 meter kain berwarna plain , then hantar dekat tailor , cakap nak jahit baju kurung moden , so dalam lebih kurang RM150 je bajet untuk kain dan jahitan baju ! jimat kan ? kehkeh :D


BAJU BERSANDING :
Okay ! part ni best , aku suka warna GOLD , plus aku suka tema ala - ala bollywood ! so nampak tak sikit - sikit apa jadi dekat kenduri aku nanti ? huahua :D tadi awal - awal aku dah tunjukkan pelamin yang jimat kos kan , so sekarang ni , baju bersanding aku yang ala - ala bollywood juga mestilah tak lebih bajet ! haha :D mana nak dapat baju macam ni ? :-


Haaa ! aku tahu mana nak dapat ! dekat Little India @ Chennai Potti Ipoh pun ada . InsyaAllah murah ! aku prefer baju yang number dua tu , kalau tudung pulak maybe warna maroon :D phewww . impian saya ! harap Allah izinkan untuk terlaksana . Kalau tengok cutting baju number dua tu , dia lebih kepada kurung modern jugak , cuma guna kain sari la kan ? pada aku , tak sarat dan cukup cantik ! :P please jangan tiru please :'( ok DONE pelamin , baju nikah dan baju sanding ! NEXT !


HANTARAN :
still menggunakan konsep sweet tapi simple - simple aje sebab nak jimat , so aku masih berkira - kira untuk tidak mengeluarkan duit yang banyak waktu kahwin nanti , bukan apa , aku ni jenis makan banyak kali sehari , kalau sehari kahwin dah pokai , berlapar la aku nampaknya :'(  Untuk gubahan hantaran kan , aku rasa taknak bagi banyak - banyak pun , tak payah la sampai bagi iphone ipad bagai kan . benda - benda tu esoknya boleh pergi beli sama - sama , brand China pun orang tak tahu kan :D ini style hantaran impian aku :

Number dua tu cantik , tapi aku rasa cenkerang Emas tu macam mahal je , so aku prefer hantaran yang First ! guna talam plastik je wei , so memang jimat , apatah lagi talam - talam macamtu kita boleh dapatkan di kedai 2ringgit atau di DAISO ! hahaha :D nampak lawak kan , aku jenisnya memang berjimat bab duit , kalah bab makan je ! so memang totally wedding aku akan bertemakan jimat kecuali bab makan :D Now kita go on kepada benda yang paling aku suka ! aku tak tahu la kenapa , tapi aku suka :D

KAD KAHWIN:
haaaaaaaaaaaa ! ini part paling aku suka , sebab apa , tiap kali dapat undangan kenduri kahwin , aku akan baca dari A sampai Z kad kahwin pengantin - pengantin kita ni :) ada yang berpantun , ada yang berdoa , ada yang letak lirik lagu , and paling aku suka bila ada bau bedak wangi dekat kad tu ! Huwaaa :( cantik ! still berada dalam tema EMAS , so kad kahwin impian aku simple je , tapi WAJIB warna GOLD :) :







Pada aku , dah cukup sweet dah dua kad dekat atas ni . takpayah nak warna menyerlah sangat sampai orang nak baca isi dalamnya pun payah :D seperti biasa , tema kita JIMAT tapi SWEET dan SIMPLE >.<
Cakap mengenai kad kahwin ni , aku tak rasa aku akan undang atau jemput orang beribu - ribu , sebab aku pun rasanya tak ramai kawan sangat3 , so kawan dari sekolah rendah plus menengah plus form 6 and Usm , adalah lebih kurang 300 orang kot , family , kawan ayah and ibu plus yang datang bawak sekeluarga tu ada la dalam 400 orang :) so aku rasa jemputan tak ramai , ada dalam 700 ke 800 sahaja :) faktor berJIMAT jugak tu hahaha :D


CENDERAHATI dan BUNGA TELUR:
Ini pun part yang aku suka jugak , still dalam tema berjimat dan mesti ada warna GOLD dalam semua aspek kenduri aku nanti , InsyaAllah :) untuk cenderahati , nampak klishey kalau bagi suray Yassin kan ? tapi aku tak rasa tu satu masalah , dan tanpa sedar , kalau surah Yassin kita tu digunakan , selagi mana ia digunakan , insyaAllah pahala jugak dapat dekat kita :D amin ! so dah tahu la aku nak bagi surah Yassin kan ? tapi dengan cara macam ni :-

simple yet sangat ohsemmm dimata aku :) aku ni suka bagi hadiah dekat orang , dan aku suka hadiah yang aku bagi tu bereben cantik , supaya bila orang tengok hadiah tu , orang ingat dekat aku , dan doakan kebaikan untuk aku :) InsyaAllah ! Bunga telur pulak , aku rasa untuk bunga telur ni , sekarang macam orang dah kurang pentingkan sangat kan ? cuma kalau ada pun untuk diletakkan sebagai 'hiasan' dekat tepi pelamin , tak kisahlah apapun , aku kalau ada rezeki , nak bunga telur yang macam ni :-


Emas lagi ? janganlah marah :'( dah memang warna kesukaan aku dengan ibu ialah emas , so emas akan jadi warna WAJIB dalam apapun keraian dekat rumah kami :P lagipun emas cantik apa ! hihi :P Okay babes ! dah nak sampai ke part terakhir dah ni .. sikit lagi nak habis , harap teruskan membaca :)


MAS KAHWIN dan CINCIN :
Bab ni aku taknak cakap banyak , aku harap sangat mas kahwin aku ialah tiket umrah . tapi kalau tak dapat , aku harap mas kahwin aku ialah AL-QURAN dan bakal suami aku dah baca at least surah Yassin dalam AL-QURAN tu , kenapa Yassin ? Sebab pada aku , sebelum aku bagi hati aku pada dia , dia kena khatam dulu hati Al-Quran , moga dia dapat jaga hati aku dengan baik , sampai syurga ! Amin ! Cincin , aku suka yang biasa , murah pun tak apa , janji waktu beli ni , bakal suami aku ikhlas dan tak merungut mahal :

Haaaa :) habis dah kisah wedding impian aku :)

korang , doakanlah agar diringankan jodoh kita dengan lelaki/perempuan yang soleh/solehah , yang akan bawa kita bersama - sama ke Syurga Allah insyaAllah :D

Sebenarnya ,
aku dan kawan - kawan tengah study week ni ,
tension wei baca lecture notes segala .
so , aku stop sat dan update benda alah ni :')
Maaf sekiranya post kali ni mengganggu hati sesiapa .
sekadar perkongsian .
HewHew :)

- Shahida Zainal -













About Me

My photo
saye degil kadang kadang :)