Total Pageviews

Tuesday 18 March 2014

hidup

Hidup,
penuh liku..
tapi dalam liku itu.. ada ketawa, ada bahagia, ada cinta,
yang suka menjengah tiba-tiba.
yang suka menghilang, lalu palit derita.

Allah,
payahnya, susahnya,
mahu jadi seperti Khadijah,
mahu tajdid diri jadi Aisyah..
Aku ini,
tidak perlu aku terang satu persatu,
Kau cipta aku,
sumpah, Kau Maha Tahu,

dari segala segi,
dari segala sisi,
kau tahu..
hati ini,
pedih ini,
bahagia ini,
semua cantum jadi satu.
Layak-kah? bila aku ingin bertanya, Ya Tuhan, kenapa aku?
kenapa asal saja Kau bagi aku suka,
kenapa asal saja Kau bagi aku ketawa,
nah!
Kau campak-kan seribu satu momok-kan kecewa..
Lantas aku sedar,
Dunia bukan syurga untuk kita hadap bahagia sampai bila-bila.

Itu!
itulah jawapannya,
Dunia bukan syurga untuk kita hadap bahagia sampai bila-bila.

Tuhan itu,
tahu.. Tahu kau cinta dia,

Tuhan itu,
tahu.. Tahu kau sayang dia,

maka kemudian,
Tuhan itu,
campak! campak kecewa pada jiwa kamu yang bergelora,
kerana apa?
kerana dia sedang menjaga kamu Shahida,
menjaga..
dalam erti kata,

Tidak mahu kamu alpa,
Tidak mahu kamu leka,
Tidak mahu kamu lupa,

Bahawa, tu disana,
ada ayah ibu yang sedang menanti kejayaanmu,
ada adik -adik dua orang,
yang sedang menunggu kamu belanja jersey baru,
atas usaha titik peluh kamu,
akhirnya kelak,
berjaya harung liku :)

Kemudian mungkin,
siapa tahu..
dia yang kau sayang sekarang itu,
akan kau nampak sebenarnya,
bukan sayang yang sebenar,
Hadapan sana kelak,
sedang menapak seorang masih berjarak,
menanti masa bertemu setapak menjejak langkah ke Jannah Allah.

Bersama kamu.
Ya, InsyaAllah..
Bersama kamu, Shahida.

Maka, bersabarlah.
kerana cinta pada manusia ini ujian.
ujian besar bagi mereka yang lemah gemalai!
dan ujian mudah, bagi mereka yang Yakin pada Allah :)

About Me

My photo
saye degil kadang kadang :)