Total Pageviews

Tuesday 12 August 2014

silap.

Aku akui. ini silap aku. jatuh hati pada orang yang tak sepatutnya. dan akhirnya, kecewa. padan muka Shahida. Allah. kecewa hati aku bila setiap kali aku berasa nak online facebook, bila buka, home aku akan keluar komen-komen perempuan dekat status dia. yang kadang-kadang buat aku menangis. kau nampak kan Tuhan? kalau aku tak sayang, kenapa aku kecewa? kalau aku tak sayang kenapa aku menitiskan air mata? tapi tak mengapa, ini bukan kali pertama. aku tetap bersyukur dengan setiap pengalaman, dan Redha dengan setiap ketentuan. cuma aku mahu mengadu, mengadu tentang sedih hati aku. mengadu tentang rindu. mengadu tentang semua yang aku rasa, tapi tiada balasan total dari dia. ahh. Biarlah. tugas aku, selesai. Mendoakan agar dia sentiasa bahagia, walau bukan dengan aku. semoga dalam setiap doa aku untuk kebahagiaan dia, Para Malaikat-Mu itu juga mendoakan hal yang sama untuk aku. Amin :)

About Me

My photo
saye degil kadang kadang :)