Assalamualaikum ,
nama : nurul shahida binti zainal abidin .
tempat lahir : ipoh , perak .
tarikh lahir : 13 jun 1992 .
nama ibu : nor mizah binti mohd yusuff .
kerja ibu : berniaga @ depan masjid kg.melayu .
nama ayah : zainal abidin bin Ahmad .
kerja ayah : pembantu jurutera @ kilang
note > ayah pernah berhenti kerja time krisis ekonomi , baru 9bln dapat kerja balik .
status :- anak pertama .
- anak perempuan tunggal .
aku start entry kali ni dgn biodata aku ..
orang kate, tak baik salahkan takdir , hidup susah sejak dari kecil .
Astaghafirullah , aku tak pernah ade niat salahkan takdir ALLAH .
aku tahu , susah senang hidup , hanya ujian .
'ALLAH takkan menurunkan ujian pada hambaNYA yang tidak mampu menanggung ujian'
sejak kecil ibu selalu ingatkan aku , jangan pernah mengalah mengamuk atau merampus dengan jalan hidup kita . sentiasa sabar hadapi ujian , jangan pernah lekang dgn doa , mintak jauh dari benda bukan - bukan .
mintak dekat dgn kebaikan .
dulu aku kecik waktu ayat - ayat tu keluar dari mulut ibu . tapi harini , nurul shahida anak ibu ni dah 19 tahun , rasanya cukup matang untuk memahami setiap pesanan ibu , cukup berakal untuk ingat setiap cerita yg ibu ceritakan pada kakak ..
"ibu ingat lagi , dulu hidup kite lagi susah dari skrg ni , duit gaji ayah waktu tu hanya mampu beli sebiji motor , motor tu la ayah bawak ibu pegi check up waktu ibu mengandungkan kamu . Satu hari , ayah dalam perjalanan balik rumah kite , ( waktu tu ayah sewa bilik kat maju rapat) .. ayah beli ikan mentah dari pasar malam , waktu atas motor , entah macam mana beg plastik ikan tu boleh terjatuh , ayah kutip balik ikan2 tu .. ayah balik dan mintak maaf kat ibu , sebab tak dapat nak bagi kehidupan yang terbaik . satu lagi , dengan moto tu lah kite bertiga balik taiping jenguk tokwan waktu kecik - kecik dulu , bila ayah tengok muka kamu pucat sebab sejuk , ayah stop kejap tepi highway . ayah risau sbb kamu baby lagi , tapi apa boleh buat , itu je yang mampu waktu tu . "
setiap detik , aku akan ingat pengorbanan ayah pada kami sekeluarga . itu janji aku . ye , memang kami hidup sederhana , tak kaya . tapi aku bahagia sebab kami cukup dengan kasih sayang .aku nak buktikan pada ayah dan ibu , susah payah mereka besarkan aku bukan suatu yang sia - sia . aku nak masuk universiti . itu impian ayah dan ibu aku . susah atau senang , aku wajib tunaikan .
ibu selalu pesan ,,
"ibu taknak duit kamu , ibu taknak hadiah ape - apepun , ibu cuma nak tgk anak - anak ibu berjaya dunia akhirat . jangan kamu risau , kalau kamu dah kaya nanti , ibu taknak satu sen pun duit kamu"
ibu ,,
kalau kakak dah berjaya satu hari nanti , semua yang kakak ada semuanya milik ibu dan ayah . ini janji kakak . kakak pernah janji , InsyaAllah kalau kakak dah cukup duit nanti , kakak akan hantar ibu dan ayah tunaikan umrah , dan kalau ada rezeki lebih , kakak sendiri akan bawak ayah dan ibu pegi haji .
ibu ,,
selalu selalu lah doakan kejayaan kakak . kejayaan izzat dan iman .
kami janji , satu hari nanti dengan izin ALLAH kami akan bahagiakan ibu , gembirakan ayah . kami taknak tengok ayah dan ibu susah - susah lagi . kakak taknak lagi ibu meniaga tepi jalan panas - panas . ayah balik kerja kotor kotor .
buat masa sekarang kakak tak mampu nak tunaikan janji tu ,
tapi InsyaAllah , kalau ALLAH izinkan , kakak nak sangat jadi anak yang tunaikan setiap janji .
kakak tahu ni lah amanah ALLAH pada kakak , jadi anak sulung , dua dua adik lelaki , kakak sedar , kakak kene tunjuk contoh terbaik kalau kakak nak adik2 berjaya . kakak tengah cuba . bertarung dengan syaitan . misi terdekat sekarang ni ialah STPM , kakak janji akan buat sehabis baik untuk ibu dan ayah .
doakan kakak .
-waterhandshidaa-