Total Pageviews

Tuesday 24 December 2013

Stop study :) jom cuci mata :D

Assalamualaikum !
Hee :D rindu nak update something something dekat sini .
And guess apa tajuk kita harini ?
" Letih study , jom cerita pasal wedding impian ":D

okay . aku sangat obses dan suka warna GOLD . jadi , InsyaAllah kalau Allah bagi izin jadi isteri orang nanti , wedding aku 98% temanya adalah warna GOLD :') HewHew . ini kira kenduri belah aku laaa , belah bakal suami aku , aku pun tak tahu warna apa -_- sebab siapa dia pun aku tak tahu lagi . HAHA >.<

PELAMIN :
Haaa . aku ni jenis tak suka serabut - serabut . suka yang simple , tapi nampak sangat comel dan selesa di mata aku . so semestinya , pelamin impian aku ialah pelamin yang TAK sarat dengan bunga - bunga . sikit bunga cukup lah , bagi nampak sweet , jangan melampau ! Euw ! dan semestinya juga , warna asasnya krim , kuning - kuning Gold sikit :') saya suka saya suka ! Bila cerita pasal kahwin ni dengan kawan - kawan , aku selalu tekankan yang kerusi pelamin aku , aku akan beli sendiri , and lepas kenduri , kerusi tu akan jadi sofa dekat rumah . and itulah JIMAT namanya :D seriously , aku suka simpan barang - barang as kenangan , so aku rasa better beli je sofa tu satu , then simpan , dan aku rasa setakat sofa comel tu , less than RM500 kot ! Boleh laa tahan pakai beberapa tahun kan ? :P And dekat bawah ni ada lah pelamin impian aku kalau diizinkan aku kahwin nanti :::


 Haaa ! nampak tak ? hihihi . orang kata , angan - angan adalah perkara yang perlu , tanpa angan - angan seakan - akan kita tiada wawasan kan ? :D so pelamin anganku harap - harap tak musnah la kan . 3 pilihan diatas , semuanya aku suka , but the most simple dan bajet paling kecil akan menjadi pilihan suatu hari nanti :) Dan untuk decoration pelamin , Farah Wahidah ( Paah ) akan buat !


BAJU NIKAH :
Okay . spesis aku jugak yang tak suka baju yang terlalu BERLABUCI sana - sini , aku tak suka kilat - kilat sangat , serabut serabut serabut ~ untuk baju nikah , aku lebih suka yang plain , warna lembut macam krim , peach , atau pink laa yang akan jadi pilihan :) sebenarnya , aku ni tak suka warna pink , tapi selalunya , perempuan kalau tak ada warna pink tak sah la kan ._.
Untuk menjimatkan belanja , aku akan beli kain dekat mana - mana kedai kain , KAMDAR NAGOYA etc . Then , aku akan hantar kepada Shafini untuk jahit baju , dan Farah Asyiqien untuk jahitkan tudung :D seperti yang aku kata awal tadi , this is my wedding impian , impian aku nak kawan - kawan yang buat apa yang aku akan pakai :) AKU BAYAR ! hahaha :D sebab apa , sebab aku tahu kawan - kawan aku ni profesional dalam bidang masing - masing :P So , if korang baca post ni , mohon tengok - tengok la mana patut ek ! haha :D


 Dan bila aku search kan , dua baju dekat atas ni nampak sweet and simple dimata aku . hanya beli 4 meter kain berwarna plain , then hantar dekat tailor , cakap nak jahit baju kurung moden , so dalam lebih kurang RM150 je bajet untuk kain dan jahitan baju ! jimat kan ? kehkeh :D


BAJU BERSANDING :
Okay ! part ni best , aku suka warna GOLD , plus aku suka tema ala - ala bollywood ! so nampak tak sikit - sikit apa jadi dekat kenduri aku nanti ? huahua :D tadi awal - awal aku dah tunjukkan pelamin yang jimat kos kan , so sekarang ni , baju bersanding aku yang ala - ala bollywood juga mestilah tak lebih bajet ! haha :D mana nak dapat baju macam ni ? :-


Haaa ! aku tahu mana nak dapat ! dekat Little India @ Chennai Potti Ipoh pun ada . InsyaAllah murah ! aku prefer baju yang number dua tu , kalau tudung pulak maybe warna maroon :D phewww . impian saya ! harap Allah izinkan untuk terlaksana . Kalau tengok cutting baju number dua tu , dia lebih kepada kurung modern jugak , cuma guna kain sari la kan ? pada aku , tak sarat dan cukup cantik ! :P please jangan tiru please :'( ok DONE pelamin , baju nikah dan baju sanding ! NEXT !


HANTARAN :
still menggunakan konsep sweet tapi simple - simple aje sebab nak jimat , so aku masih berkira - kira untuk tidak mengeluarkan duit yang banyak waktu kahwin nanti , bukan apa , aku ni jenis makan banyak kali sehari , kalau sehari kahwin dah pokai , berlapar la aku nampaknya :'(  Untuk gubahan hantaran kan , aku rasa taknak bagi banyak - banyak pun , tak payah la sampai bagi iphone ipad bagai kan . benda - benda tu esoknya boleh pergi beli sama - sama , brand China pun orang tak tahu kan :D ini style hantaran impian aku :

Number dua tu cantik , tapi aku rasa cenkerang Emas tu macam mahal je , so aku prefer hantaran yang First ! guna talam plastik je wei , so memang jimat , apatah lagi talam - talam macamtu kita boleh dapatkan di kedai 2ringgit atau di DAISO ! hahaha :D nampak lawak kan , aku jenisnya memang berjimat bab duit , kalah bab makan je ! so memang totally wedding aku akan bertemakan jimat kecuali bab makan :D Now kita go on kepada benda yang paling aku suka ! aku tak tahu la kenapa , tapi aku suka :D

KAD KAHWIN:
haaaaaaaaaaaa ! ini part paling aku suka , sebab apa , tiap kali dapat undangan kenduri kahwin , aku akan baca dari A sampai Z kad kahwin pengantin - pengantin kita ni :) ada yang berpantun , ada yang berdoa , ada yang letak lirik lagu , and paling aku suka bila ada bau bedak wangi dekat kad tu ! Huwaaa :( cantik ! still berada dalam tema EMAS , so kad kahwin impian aku simple je , tapi WAJIB warna GOLD :) :







Pada aku , dah cukup sweet dah dua kad dekat atas ni . takpayah nak warna menyerlah sangat sampai orang nak baca isi dalamnya pun payah :D seperti biasa , tema kita JIMAT tapi SWEET dan SIMPLE >.<
Cakap mengenai kad kahwin ni , aku tak rasa aku akan undang atau jemput orang beribu - ribu , sebab aku pun rasanya tak ramai kawan sangat3 , so kawan dari sekolah rendah plus menengah plus form 6 and Usm , adalah lebih kurang 300 orang kot , family , kawan ayah and ibu plus yang datang bawak sekeluarga tu ada la dalam 400 orang :) so aku rasa jemputan tak ramai , ada dalam 700 ke 800 sahaja :) faktor berJIMAT jugak tu hahaha :D


CENDERAHATI dan BUNGA TELUR:
Ini pun part yang aku suka jugak , still dalam tema berjimat dan mesti ada warna GOLD dalam semua aspek kenduri aku nanti , InsyaAllah :) untuk cenderahati , nampak klishey kalau bagi suray Yassin kan ? tapi aku tak rasa tu satu masalah , dan tanpa sedar , kalau surah Yassin kita tu digunakan , selagi mana ia digunakan , insyaAllah pahala jugak dapat dekat kita :D amin ! so dah tahu la aku nak bagi surah Yassin kan ? tapi dengan cara macam ni :-

simple yet sangat ohsemmm dimata aku :) aku ni suka bagi hadiah dekat orang , dan aku suka hadiah yang aku bagi tu bereben cantik , supaya bila orang tengok hadiah tu , orang ingat dekat aku , dan doakan kebaikan untuk aku :) InsyaAllah ! Bunga telur pulak , aku rasa untuk bunga telur ni , sekarang macam orang dah kurang pentingkan sangat kan ? cuma kalau ada pun untuk diletakkan sebagai 'hiasan' dekat tepi pelamin , tak kisahlah apapun , aku kalau ada rezeki , nak bunga telur yang macam ni :-


Emas lagi ? janganlah marah :'( dah memang warna kesukaan aku dengan ibu ialah emas , so emas akan jadi warna WAJIB dalam apapun keraian dekat rumah kami :P lagipun emas cantik apa ! hihi :P Okay babes ! dah nak sampai ke part terakhir dah ni .. sikit lagi nak habis , harap teruskan membaca :)


MAS KAHWIN dan CINCIN :
Bab ni aku taknak cakap banyak , aku harap sangat mas kahwin aku ialah tiket umrah . tapi kalau tak dapat , aku harap mas kahwin aku ialah AL-QURAN dan bakal suami aku dah baca at least surah Yassin dalam AL-QURAN tu , kenapa Yassin ? Sebab pada aku , sebelum aku bagi hati aku pada dia , dia kena khatam dulu hati Al-Quran , moga dia dapat jaga hati aku dengan baik , sampai syurga ! Amin ! Cincin , aku suka yang biasa , murah pun tak apa , janji waktu beli ni , bakal suami aku ikhlas dan tak merungut mahal :

Haaaa :) habis dah kisah wedding impian aku :)

korang , doakanlah agar diringankan jodoh kita dengan lelaki/perempuan yang soleh/solehah , yang akan bawa kita bersama - sama ke Syurga Allah insyaAllah :D

Sebenarnya ,
aku dan kawan - kawan tengah study week ni ,
tension wei baca lecture notes segala .
so , aku stop sat dan update benda alah ni :')
Maaf sekiranya post kali ni mengganggu hati sesiapa .
sekadar perkongsian .
HewHew :)

- Shahida Zainal -













Tuesday 19 November 2013

Terfaktab selalu buat aku Tersedar ! papp ! kena sedass !

Berserah Pasrah

Aku sebenarnya benci dengan diri sendiri bila menulis entri percintaan yang rabak. 
Sebab sebenarnya, bila difikirkan semula, segala sakit, segala derita, itu semua bukan salah cinta. Kesian, sebab salah manusia yang memutarbelitkan perhubungan. Bila kata tak seiring dengan rasa, bila tindakan diselit dengan ragu, dan bila akhirnya kita terluka, senang saja kesemua hati yang parah mendongak ke langit dan menyalahkan cinta.
Aku rasa manusia masa kini perlu belajar untuk merasa manis dalam setiap yang mendatang, kedua-duanya yang baik atau buruk. Kerana masalahnya begini, kita sentiasa membina satu jangkaan, satu expectation yang tinggi. Contohnya bila kita menyukai seseorang, kita marah bila kita bertepuk rasa sendiri. Rasa malu, rasa bodoh, rasa hati kena carik. Rasa setiap sudut perasaan ditarik.

Itulah kau.

Fokus kau hanya pada yang indah.

Kau pun tahu, dalam sepanjang hidup kau yang tak berapa nak panjang ni, kau akan jumpa seribu satu orang, kekal atau tidak itu lain cerita. Dan kau tahu cinta yang abadi itu hanya untuk yang di atas, kekal untuk disanjung, kekal untuk dijunjung. Aku tak nafikan, perasaan bila bercinta itu manisnya bagaikan di syurga. Bila dua manusia berlainan jantina bersatu, halal atau haram, kau akan rasa nikmat yang tak terungkap dengan kata. Blissful, ecstatic, in seventh heaven.

Tapi kelakar sebenarnya, kelakar bila kita sebagai manusia masih boleh mendabik dada dengan bangga dan mencanang cinta terhadap benda / kejadian pinjaman dunia semata, yang mungkin esok atau lusa bakal dibunuh mati. Kelakar juga bila perasaan boleh berubah-ubah, bila senang mengaku rindu hari ini dan beralih rasa di kemudian hari. 
Contohnya, ingat tak pasal ex kau tiga tahun dulu yang kau sibuk meroyan saban hari, menangis bagai meratap orang yang dah mati? Eh tapi sekarang, kau dah bahagia pun kan dengan yang lain, dengan yang baru? Gitu.
Ini bukan setakat peringatan untuk kau, tapi untuk aku juga dan yang seangkatan dengannya. Sebab aku takut, bila dah rasa suka, bila dah terasa jatuh dalam dakapan manis cinta, selalunya aku akan lalai. Selalunya aku akan lupa.

Aku alpa, manusia itu hatinya dipegang Tuhan, dan jika aku gandakan seribu satu kali kudrat dan tenaga sekalipun, jika si dia bukan jodoh aku, maka bukan lah. 
Dan selalu nya jika kau sudah merasa suka, seringkali kau membuat persediaaan fizikal dan mental untuk ke tahap seterusnya. Di mana hendak berjumpa, topup secukupnya, dan bekerja siang malam. Tapi kenapa kau (dan aku juga) lupa hendak membuat persediaan, jika si dia itu bukan kita yang punya? Pernah kau buat preparasi jiwa agar kental dan tabah jika perhubungan terputus di tengah jalan?
" Yakin kan aku Tuhan, dia bukan milikkuuu.
Biarkan waktuu, waktuuu, hapus aku. "
Memang tak pasal je lah menangis bila terfikirkan probabiliti yang mungkin terjadi sambil dengar playlist lagu Nidji. Mungkin engkorang semua cakap aku ni fobia ataupun anxious melebih, mungkin juga separa gila dan terlampau overthinking.
Tapi serious lah ni, aku tanya ni.
Pernah tak terfikir, mungkin dia tu bukan kau punya?

Dah bersedia?

Sunday 20 October 2013

Tiada yang ALLAH jadikan itu sia - sia :)

Let us talk about love. 
Love is like a rose with thorns (whatever colour the rose is). 
It is beautiful yet it can hurt. 
Love hurts, love also heals. 
To love is to give commitment. 
To love is to build trust.
To love is to sacrifice.
To love is to be responsible.
To love is to be dependable.
To love is to be flexible.
To love is to be respectable.

Love means sharing, love means caring.
Love is accepting, love is understanding.
Love is when you pay attention to the smallest of things.
Love is when you care for everything.
Love is when you (force to) like what she/he likes.
Love is when you'll be there when she/he needs you.
Love is when you offer your shoulder to cry on to.
Love is when you lend you ears to listen to her/his issues.
Love is when you're my doctor when I'm sick.
Love is when you're my BFF whenever I need.
Love is when you're the one I'd hope to die with.
Love is when I'm the one you'd hope to die with.
 

Sunday 4 August 2013

Wahai hati , Redhalah , jangan sampai Allah murka . Redhalah hatiku sayang :(

Sekali lagi air mata itu tumpah .

Wanita ,
kadangkala diuji dengan sehebat - hebat ujian .
Kadangkala kehilangan ,
kehilangan arah , kehilangan mahkota , kehilangan iman , kehilangan segalanya . Allahu Allah.
Zahirnya lemah , menitis air mata kala diri kecewa .
Namun batinnya gagah , anugerah Allah .

La Tahzan wahai sekalian wanita ,
Optimislah dengan ujian. Yakinlah itu hadiah Tuhan .
Bersyukurlah . Beruntunglah .
Dari jutaan lagi sejak dari Hawa , jiwa kita menjadi pilihan-Nya.

Kita rasa ujian pada kita paling besar ,
Kita rasa beban pada kita yang paling besar ,
Come on . ada orang lagi besar ujian-Nya .
Lagi berat bebanannya .
Jangan merungut ye ukhtiku sayang ,
Jangan mengeluh walau sedetik .
Kita ini milik Dia , untuk selamanya .
maka Dia berhak menentukan yg sebaiknya utk kehidupan kita .
Bukan hanya didunia , bahkan hingga ke dunia sana .

Ukhtiku sayang ,
hatiku sayang ,
Jalan takdir Allah ini tak pernah salah ,
Berbaik sangkalah dengan aturan-Nya .
Jika perlu utk kau menangis wahai ukhtiku ,
berjanjilah , jangan tangisi ia terlalu lama ,
Seakan kita tidak redha dengan apa yang diatur-Nya .

Takdir Allah is something that unexpected .
Miracle things may come soon . Soon !
Engkau harus percaya !
Ya percaya !

La tahzan .
Syurga itu mahal sayang , bukan mudah kita nak dapat .
Even people always said, benda yg payah nak dapat itulah yang kita akan benar - benar hargai .
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat !
Itu pasti .
Senyum lah hati ukhtiku sayang :)

Terkadang , memang ada masa kita terjatuh ,
tak mampu nak bangun . lemah . lemah sangat .
tapi ingat ! 
Allah bersama kita , sentiasa ada . sentiasa .
Allah akan ubat luka dihati kita ,
perlahan , perlahan ..
Ini hadiah Allah buat hamba Dia yang tabah !

InsyaAllah , bila Allah redha , semuanya akan mudah.
Inilah kasih sayang Tuhan .
Berdamailah dengan takdir-Nya .

Nanti ..
sampai masanya kita akan faham ,
perkara yg memang dah tertulis ,
pasti akan terjadi .
Dah tertulis di Luh Mahfuz sayang , yakinlah !
berhenti memaksa ia menjadi seperti apa yang kita inginkan .
Sabar dan Redha . itu satu-satu jalannya .

Bukalah surat cinta Dia :)
sesungguhnya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang .

" Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku) " [Yusuf:18]

dah ..
jangan menangis lagi .
Allah ada. 
Allah tahu sayang .

" Dan bertakwalah kepada Allah , sungguh , Allah Mengetahui segala isi hati " [Al-Maidah :7]

Dan sentiasa semat dalam hati kuat - kuat ,

" Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta , tidak pada penampilan diri , tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia . Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba Redha Tuhannya " -Hassan Al-Banna-

La Tahzan ,
jadilah wanita paling bahagia ,
jika bukan di dunia ,
pasti di Syurga ;)


-akuIslam , Shahida zainal-

Friday 26 July 2013

Ini apa yang Jannah rasa tentang aku , dia dan kamu :')



Secebis Memori Buat Cubemates..
By: NurulJannah Mohd Khalid

Wahai cubemates...

untuk shahida,
bab lawak serah kt dia..rasanya bila ang bkak mulut pn ak rasa nk tgelak..hahah (-_- bajet arr too)
tp serius, kalo bab lawak memg serah kt ang... “lucu”..
memori yang memg xleh nk lupa fasal ang, ayat klise ang “ jannah, kami  lapaq” haha..
hat tu memg xdak sapa boleh sangkal...kona la  kot mana pn ak rasa dalil ni sohih..
dan setiap kalitu jugak la, start drpd moment tu.. bila ak tatap makanan, automatik, nma ang akan meresap masuk dlm kepala otak aku..
Part jalan2 paling xleh nk lupa, ang la tukang igt jalan..pemandu pelancong xbertauliah yg sudi tunjuk jalan seakan2 ang la anak penang sejati, waima kita sesat pn  ang boleh buat muka rilek sambil berkata “ rilek, kita sesat pn kt dalam pulau ja.. “ (sedangkan yg memg dok p balik penang selalu pn dah buat muka xcukup zat masa tu..bhahaha)

next, Farah (tukang urut! Juga pembekal periuk nasi tegar kiub)..
memg thrill habih kalo bjalan ngn minah ni..
yang paling xleh lupa cara dia melintas jalan..perh!
ada skali dia pya nk kejaq bas, sanggup lintas jalan xtengok kiri kanan dah..
siap buat action panggilan maut ajak ak lintas skali..
jam jgak la jalan depan bakti permai tu sat.. tp memg respect abih la kt ang, sgala kenderaan yg ada atas muka bumi usm masa tu pn brenti memberi laluan seakan2 memahami betapa desprate nya kitorang  yang mengejar trip bas “terakhir” (padahal baru lepas pkul 10.30 pagi..hakhak..)
da best part is, pkcik bas yg dah masuk gear satu tu pn sanggup tunggu kita kan..(memg tabik la ang Farah!)

ehem, pikah(penambah perisa a.k.a partner lawak shahida)..
kalo dua2 ni dok skali, memg xleyh nk serius...
AND..! memang stail habih kalo tengok dia makan..
rasanya host2 jalan2 cari mkan kt tv3 ni memg xleyh cari mkn lpas ni..hakhak
mna taknya, kalo bg biskut lutut cicah dgn ayaq kosong pn dia mampu buat ak telan air liur..
(bukan sebab bnda tu sedap, tp cara dia kunyah, hadam mkn tu yg lain dr org lain)
kalo roomate dia jenis thrill time bjalan..
hat ni memang 360 degree blawanan..
heheh..cermat tak cermat la mkcik ni jaga barang dia macam mna dia jaga nyawa dia macam tu la dia jaga barang dia...nk lintas jalan mau pat lima kali toleh kot baru selamat...hahah
memg kompom selamat ngn dia...
last but not least, perangai dia kadang xleyh nk duga, kadang tahap matang dia macam mak2, tp terkadang angin sepoi2 bahasa dia dah macam adik2... TAPI, kalo dia marah..aku la org first surrender dulu..

cik Mira gojesszz..
akak ni, kalo dah bukak mulut, better ak diam..haha..kalo shahida  ngn farah boleh lagi la ak kawtim..sikit walau selalunya payah nk menang..
tp, dengan kehadiran akak ni..memg kompom2 ak xkan menang..gila! Trio nk lawan sorang, mna aci..! bila dah bkak fakta dan dalil2 yg tah dr mana asal usul dia, memg kalo buleh ak nk tutup smua rongga yang ada atas badan ak..
Yang paling best, dia jgak la jd penasihat xbtauliah utk sesi pesyen-memesyen kitorang satu kiub..
(Part shopping ramai2 kt bkt.jmbul memg ak kenang habis!) nk tegelak pn ada masa tu..heheh
LAST..Finie (Roomate aku merangkap coursemate)...heheh
First masa ak jejak kaki ke bilik, ak igt- habih dah.. aku dapat single room.! Roomate ak org penang ke? Apasal  xnmpk batang idung lg pn?
time baru knl..weh cun siot roomate aku..(ngehngehngeh)
dan sebab kerajinan dia jugak la ak cuba sehabis tenaga malas ak ni jga kekemasan bilik kitorang sepanjang dua sem ni.. (padahal bahagian ak memg slalu hancusss..heheh)
p mana2 pn kalo buleh suma nk ajak dia..sampaikan ak nk masuk toilet pn ak ajak dia teman..(haha
tenkiu bebeh..)
pya la sabaq roomate ak ni dengan perangai ak, mcm mna pn dia diam ja..
(huhu..bila igt balik memg bsalah gila)
bab kejut bangun pagi paling best, dia yg kejut ak, bkn ak ja yg tkejut, dgn dia2 skali tkejut..hikhik
xlama lepas tu, taubat xkejut ak..hoho...( abih..semedang tkejut ja, mahu jntung dia kalo ari2 cmtu.)
Akhir kata....
sebenqnya,memang banyak kenangan dgn ampa..tp yg tercoret ni Cuma secebis ja..
(sesuai sgt la ngn tajuk essei pendek ak ni)
                                                                                                                                                                                               

Buat kawan2 sekiub..
sepanjang kta kenal,
andai ada salah silap... (padahal, memg ada)
terkasar bahasa yg sepatutnya ak lmbutkan,
terkecikkan hati mna2 yg sepatutnya ak jaga,
terluah apa2 yg sepatutnya aku simpan,
terambil apa2 hak milik hampa,
minx dihalalkan semua..
mohon dimaafkan segala..
sesungguhnya, aku manusia biasa (aiceh..ayat klise)
yg kadang terlebih perasan & berperasaan..
Moga ukhwah yg terbina,
dapat kekal n terjaga,
walaupun nanti..
dah xseroomate, atau dah xsekiub dah kita...
secebis ingatan aku untuk perkenalan kita..
dan secebis tu la yg buat akm rasa bahagia..
dan bermakna sepanjang tahun pertama di kiub kita.
 

#  Thanks a lot Jannah . 
p/s cepat - cepat kahwin tau , aku lapaq nasik minyakkk :( kbye <3

Saturday 29 June 2013

Maafkan aku , Rasulullah :'(

Bismillahhirrahmannirrahim ,
Allahumma Solliala Sayyidina Muhammad .

Pemergianmu

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu :'(



Ya Rasulullah ,
Maafkan umatmu ini Ya Rasulullah .
Malam ini , hatiku pilu , aku sendiri tak tahu apa sebabnya .
Aku buka lagu pemergianmu Ya Rasulullah ,
aku menangis .
Wahai Rasulullah ,
layak kah aku , insan yang telah berbuat banyak dosa ini ,
mendapat syafaat mu di Mahsyar nanti ?
Takutnya aku wahai insan mulia ,
takutnya aku sekiranya aku tidak duduk sekali dalam kalangan engkau dan sahabat - sahabatmu di sana nanti .

Ya Rasulullah ,
aku mendengar cerita , 
Engkau menagis dikala ajalmu hampir tiba ,
bukan menangis kerana dirimu ,
tapi engkau menangis kerana mahu meninggalkan ummatmu .

SubhanAllah ,
kasihnya engkau pada kami wahai kekasih Allah ,
tapi kami ?
Kami buat kau kecewa , dengan dosa kami yang bertimbun - timbun ,
namun engkau masih lagi kasihkan kami tanpa henti .

Ya Rasulullah ,
jika engkau ada di hadapanku kala ini ,
ada sesuatu yang ingin aku dapatkan darimu Ya Rasulullah .
Aku ingin sekali engkau berdoa pada Allah bagi pihakku ,
agar Allah memaafkan segala dosa - dosaku yang lalu .
Aku terlalu berdosa Ya Rasulullah , 
Aku ingin bertaubat , aku ingin menjadi solehah seperti isteri - isterimu Ya Rasul .

Aku pasti , Allah tidak akan menolak doa kekasih-Nya yakni engkau Ya Rasulullah .
Rasulullah , aku yakin engkau mendengar doaku ini ,
moga syafaatmu milikku :'(

Ya Allah , segala puji-pujian hanya untuk-Mu dan Rasul-Mu Muhammad , 
Ya Allah , ampunkan dosaku , terimalah taubatku , jadikan aku hamba-Mu yang hanya akan bersujud pada-Mu , bukan pada hawa nafsuku Ya Allah . Aku lemah Ya Allah ,
Pimpinlah aku , sesungguhnya aku terlalu rindu akan syurga-Mu :'(

Tuesday 14 May 2013

Awak , Kita Ini Bercintakah ? - Hilal Asyraf -

Awak ,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka ,
Melafazkan kata cinta berbalas - balasan ,
Bahkan sering ada jarak antara kita ,
Dan wujud pelbagai batasan .

Kita ini bercintakah ?

Awak ,'Kita ini tidak sering berhubungan ,
Tiada bicara manis ,
Dan masing - masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan .

Kita ini bercintakah ?



----------------------------------------------------------------------------

Ya ,
Kita ini bercinta , 
Cuma bukan dengan definisi mereka .
Tetapi dengan definisi-Nya .

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada ,
Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita ,
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan ,
Juga bukan pada bicara kata ,
Tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan ,
Dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka .

Nanti bila bersama ,
Kita bukanlah keluarga biasa ,
Bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurga-Nya .

Awak ,
Bukankah itu adalah cinta ?

# i love this . saya cintakan ayat - ayat ini , ayat - ayat yang memberikan keyakinan kepada sebuah cinta . Yakinlah , kalau ada jodoh pasti bersatu , bersama menembusi Syurga ILLAHI . wallahualam :)

About Me

My photo
saye degil kadang kadang :)