Total Pageviews

Saturday 22 February 2014

Riba Mengheret Ke Neraka :(

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
entry kali ni nak berkongsi perihal Riba' yang seringkali dipersoalkan keharamannya dalam kehidupan.

Al-Quran jelas sekali menyatakan bahawa Allah melaknat serta memerangi manusia yang berkecimpug dengan Riba'. Hal ini dapat dilihat dalam Surah Al- Baqarah, Allah berfirman,mafhumnya :
.


“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa Riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak Menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (QS. Al-Baqarah: 275-279)

Ayat diatas dengan jelas menyatakan bahawa Allah memerangi orang-orang yang menjalankan riba lalau Allah memberi kata dua kepada manusia sama kita mahu bertaubat dan menjadi orang beriman dengan meninggalkan amalan Riba' ini atau sebaliknya yakni akan terus dilaknat Allah.


Pengertian Riba'

Riba' dari segi bahasa dieertikan dengan perkataan Arab iaitu "ziyadh" yag bermaksud "penambahan".

Riba dari segi istilah pula terbahagi kepada pelbagai cabang "penambahan", salah satunya ialan "ziyadh makhsusah" iaitu penambahan yang boleh dipastikan / boleh dinilai sama ada dengan nombor, kuantiti dan sebagainya. dan "ziyadh makhsusah" atau "penambahan khusus" ini melibatkan 2 pihak yang berakad.

Mudharabah ( pelaburan) :
Mudharabah adalah satu aktiviti dimana aktiviti ini telah dipersetujui secara bersama dalam pelaburan.dan kedua pihak bersetuju dengan keuntungan yang dibincangkan sama ada 30/70 atau 60/40 dan sebagainya.

Manakala,
apa yang dikatakan Riba' ini adalah apabila berlaku pertambahan dalam sistem jual beli atau pertukaran dan sebagainya yang ianya hanya membawa pertambahan kepada satu pihak sahaja dan tiada imbalan bagi satu pihak yang lain dalam bentuk yang adil.

Perlu kita hadam tentang satu perkara mengenai MUAMALAT ISLAM, kata Dr. Aminurrasyid :

"Muamalat Islam yang sebenar adalah atas dasar kasih sayang, ukhwah dan sharing."

sempat juga Dr. Aminurrasyid berkongsi satu Hadis Rasulullah mengenai Riba' :

 

 Diriwayatkan oleh imam Muslim dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَقَالَ هُمْ سَوَاءٌ
“Rasulullah melaknat pemakan riba, orang yang memberi makan dengan riba, juru tulis transaksi riba, dua orang saksinya, semuanya sama saja.”(HR.Bukhari fathul bari/V:4/H:394/bab:24)


Hadis tersebut jelas menerangkan bahawasanya bukan hanya si pemberi dan penerima Riba' sahaja yang dilaknat, bahkan setiap individu yang bersubahat dalam proses Riba' tersebut.

NOTES!
Asas dalam muamalat : harus!
Asas kepada Riba' : haram!


Jenis-jenis Riba'

kata Saidina Umar Al-Khatab :

" jika suatu hari nanti kamu ingin melarikan diri daripada Riba', nescaya kamu tidak akan mampu. Habuk Riba' itu akan terkena juga kepada kamu."

Hal inilah yang sedang berlaku kini di setiap pelusuk dunia amnya dan di Malaysia sendiri khasnya apabila rakyat mahu mengumpul aset namun begitu asasnya dimulakan dengan Riba' itu sendiri.

Kata Dr.Atikullah :

perbankan moden / konvensional kini awal-awal lagi sudah HARAM.
rakyat terpaksa menerima sistem konvensional yang diperkenalkan untuk mengumpul aset, dan ada sesetengah berpendapat " saya redha dengan bunga/faedah yang diberikan oleh bank jadi tiada masalah."

Masalahnya disini bukan berkenaan Redha membayar bunga atau tidak, Masalahnya disini adalah tak boleh timbul isu redha pada benda yang Allah laknat dan diterangkan secara terang-terangan didalam Al-Quran.

Kata Dr.Atikullah lagi,
Redha yang dikatakan oleh mereka langsung TAK VALID kerana mereka TERPAKSA REDHA, sekiranya tidak bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh bank tersebut maka mereka tidak dapat menjalankan transaksi.

Riba' ni ada macam-macam jenis:

1. Riba' Al-buyu' ( jual beli)
- emas-emas
- perak-perak
- garam-garam
- tamar-tamar
- gandum-gandum
- barli-barli

2. Riba' Ad-duyu' (hutang)

3. Riba Al-Jahiliyyah
 * semakin lama semakin tinggi amaun yang perlu dibayar.


Dalam melakukan jual-beli atau sebarang pertukaran, ianya harus berlandaskan beberapa faktor :

- pertukaran mestilah sama jumlah
- pertukaran mesti berlaku on-the-spot, tak boleh satu pihak lagi tukar esok.

 contoh :
  Ali ada 2 kilo tamar tak elok, Abu ada 1 kilo tamar yang elok, lalu ingin ditukarkan sesama mereka. dalam kes ini Rasulullah kata " La Taf'al " yakni " jangan kamu buat begitu. "  maknanya Rasulullah tak bagi, perlulah tukar dengan kuantiti yang sama walaupun satu tamar elok satu tamar tak elok :)

contoh :
Ali pinjam Abu rm10. Abu kata esok bayar rm15.
tak boleh! 10sen juga dikira sebagai Riba' dimana berlakunya penambahan yg tidak adil.

contoh :
 Ali pinjam Abu rm10. Abu suruh bayar rm10 dan buatkan assignment 1. Hal ini juga dikira sebagai Riba'.

Jadinya kawan-kawan,
Riba' ni bukanlah semestinya duit. hat ni kita kena hati-hati :)

Tapi,
kalau jadi kes macam ni,
tak ada akad yang menyatakan si peminjam perlu bayar lebih, cumanya si peminjam bayar lebih, itu dikira sedekah, dan bukan Riba'. asasnya, jangan ada akad untuk berlakunya "ziyadh" dalam transaksi.

Dalam Islam:

" muamalat untuk bantu orang, bukan ambil kesempatan terhadap kesusahan orang."

ada Hadis Dhaif(lemah) menyatakan:

" setiap yang memberi manfaat kepada salah satu pihak maka itu Riba'."

Rasulullah juga bersabda :

" sebaik-baik manusia adalah manusia yang baik ketika membayar hutang." 
 

Hikmah pengharaman Riba'

sebelum Dr.Aminurrasyid menerangkan persoalan hikmah pengharaman Riba' ini, ada sesuatu yang saya nak kongsikan tentang apa yang Dr.Aminurrasyd tekankan:

kata beliau:
"sebahagian besar dari kita akan melaksanakan sesuatu sekiranya ada hikmah. sama ada dalam melaksanakan fadhu atau meninggalkan larangan Allah, pasti kita menuntut hikmah. Kita perlu memiliki "minda ta'abbudi" iaitu "bila Allah kata halal ia halal, bila Allah kata haram ia haram". Wajibnya kita mendahulukan kata-kata Allah dan seterusnya barulah kita cari hikmah menggunakan logik akal. Hal ini kerana logik akal kita ini terbatas, jangan kita lupa.

Riba = ROMPAKAN.

*Mengambil harta tanpa hak.
*Secara paksa.

Rompakan terang-terangan disiang hari ini mesti dicegah.

Harta = satu perkara yang dohormati sama beratnya seperti mengambil nyawa/ sebagaimana haramnya darah ummat Islam.

Sterusnya pengharaman Riba' ini dapat mengembalikan suasana perhubungan dalam muamalat yakni dapat menambah kasih sayang, ukhuwah dan sebagainya.Dengan adanya Riba' ini maka terjadinya peras ugut, hubungan sesama manusia menjadi renggang bermusuh dan membunuh dah seterusnya merosakkan masyarakat.

Kata Dr.Aminurrasyid:

"Hutang perlu dilunaskan dengan cara ihsan"

Beliau memberi contoh Sevila/Cevila yang asalnya bandar biasa-biasa sahaja, tetapi apabila Islam memerintah (tiada Riba' dalam ekonomi) maka janji Allah, ini akan menghasilkan sesuatu yang mantap, cemerlang ekonominya diiringi barakah dan pengampunan dari Allah.

Dubai pula,
sebuah wilayah yang mempunyai menara paling tinggi didunia.Dubai pernah muflis kerana Riba', tiada kemampuan untuk membayar interest/bunga dan kesannya perlu menerima pertolongan dari Abu Dhabi untuk di build up semula wilayahnya. Burj Khalifah itu sendiri mengambil namaya dari pemimpin Abu Dhabi.

kesimpulannya,
Riba' menyebabkan sesebuah negara itu hilang Kedaulatannya.

 

" ISLAM BUKANLAH ISLAM DENGAN BENTUK KAPITALIS." 

Pengharam Riba' ini juga adalah usaha untuk mengekang perkara-perkara buruk dari terus-menerus berlaku dan sudah pastinya memastikan sosioekonomi sesebuah negara itu lebih baik tanpa amalan Riba'.


Sistem Islam mengatasi Riba' 

Pertamanya, perlu hapuskan budaya "consumerism" yang menyebabkan rakyat suka bermegah-mega. Sekiranya ia tidak mustahak, maka elakkan dari berhutang.

Sekiranya kita ada duit, lalu kita bagi hutang dekat orang yang sangat memerlukan, maka itu yang Islam galakkan.

"Ditulis atas pintu syurga, pahala orang yang memberi sedeqah adalah 10 kali ganda manakala pahala orang yang memberi hutang adalah 18 kali ganda.

Lalu Rasulullah bertanya kepada Jibrail, "mengapa ganjarannya begitu?"

Lalu Jirail menjawab :
"orang yang meminta sedekah boleh jadi dia sudah mempunya banyak wang, orang yang meminta hutang tidak akan meminta hutang melainkan dia betul-betul susah".

Sewaktu dibahagian akhir forum ini, ada beberapa ayat dari Dr.Aminurrasyid yang menarik untuk saya kongsikan :

" Bahagia itu bahagia duniawi,
akhiratnya, akhirat terkeji"

" Tiada barakah dalam kehidupan,
bayang-bayang kecelakaan"

"akad bersih dan halal,
tidak menjamin jual beli yang murah"

:) 
setakat ini dahulu perkongsian mengenai Riba',
Wallahu a'lam.
Assalamualaikum!   

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
saye degil kadang kadang :)