Total Pageviews

Monday, 2 February 2015

Rancangan paling baik.

"Aku unfriend hg ye.Aku xmau nampak segala post hg or komen2 hg dgn dia.
Nanti xpasal pasal aku sedih tetiba. Haha. Aku ni kan pelik, benda x patut sedih pun aku sedih.
So xpelah unfriend hg pun. Bg peluang dia rapat dgn hg, pada org lain maybe aku bodoh kot kan.
Tapi pd aku takpa, Tuhan yg tetapkan semua ni. Jaga dia elok2 weh. Ubah perangai buruk dia yg
mana patut. Semoga bahagia. Lepas ni aku tekad dh xnak tanya khabar ke apa lagi dh.Kalau hg berjaya apa2, tahniah. Kalau x berjaya, sabar dan redha. sebab Tuhan perancang terbaik :)
byk benda aku belajar waktu kwn dgn hg. Thankyou weh. Aku unfriend bkn sbb benci atau dendam.
Cuma nak jaga hati sendiri dari perasaan negatif. Doakan aku berjaya mcm hg jugak tau.
Jangan balas dah apa-apa. bye. assalamualaikum."

-sent-

ini ayat terakhir dari aku sebagai seorang perempuan yang sedar diri bahawa aku tidak setanding untuk berganding dengan lelaki seperti kamu. full stop. buat apa sedapkan hati sendiri, kan? kita sendiri faham realiti. Bukan senang mahu ada hati yang sanggup sentiasa redha atas setiap kekurangan diri. bukan senang. Tapi setiap kali aku perlu lepaskan pergi setiap yang bukan layak untuk aku dapatkan, aku lekas-lekas cakap pada diri, ini rencana Tuhan. mungkin untuk beri syurga pada aku. Lalu aku bingkas kuat kembali. syukur. Satu perkara yang aku xkan uar-uarkan dalam post ni, ialah siapa sebenarnya hang. nama hang, siapa hang, aku takkan mensi walaupun sekali. sebab aku ingat sampai mati, bilamana persahabatan kita mula porak peranda puncanya bila aku mensi nama hang di ig. aku harap bila aku bercerita disini, tiada orang yang membaca akan copy dan paste ini pada hg. sebab aku xnak hg marah aku. sebab aku rasa dalam ramai perempuan perempuan dalam hidup hg, aku laaa yg pernah kena marah paling teruk.

ingat lagi ayat ni?
" aku xda masa nak fikir hal remeh ni."

dan bila aku baca. tahu betapa jatuhnya maruah aku depan Tuhan? Allah. mungkin salah aku, bagitahu yang aku sayangkan kau. tak banyak, sikit. tapi tetap ia dipanggil rasa sayang. jujur. aku bagitahu, tanpa harapan hang akan sayang aku semula. Dari situ aku gagah, ayat-ayat "reject kejam" hang semua aku telan. makin hari aku makin kuat, untuk sedar diri yang aku ni hanya hal remeh yang muncul dalam hidup hang.
Tapi, lepastu kita berbaik. aku yang mulakan perbualan. seperti biasa, rindu agaknya. Aku cuma ucapkan selamat bergraduasi sebab rasanya perbualan yang aku mulakan itu dua atau tiga hari sebelum hari jubah hang. ya. kita semakin baik, kurang lebih dua bulan tiada pergaduhan sejak November hingga Januari.

Dalam masa dua bulan inilah aku lebih kenal siapa hang. diri hg, serba sikit mengenai hg, keluarga hg, pelajaran hg, cita-cita hg dan impian hg. Oh. dan juga perasaan hg. Terima kasih kerana ada perkara yang hang sudi kongsi. Terutama sekali berkenaan perasaan hg pada "akak catik". Malam tu, hg kata nak pergi makan. conversation kita aku ingat-ingat lupa. mungkin kurang lebih begini :

"aku nak p makan jap"
"okay"

"akhirnya Tuhan tunjukkan aku perkara sebenar"
"aik dah habis makan? perkara apa?"

"aku terserempak *akak cantik* dengan boyfriend dia dekat kedai makan"
"Haha kecewa? so betullah aku cakap selama ni hg suka akak cantik kan?"

--------
Sejak haritu, hang mula kongsi sikit-sikit ceritaa hang pada aku. hang rapat dengan akak cantik waktu korang tahun kedua di USM dan sebelum tu waktu di form 6 hang pernah rapat dengan seorang perempuan tapi dia dengan orang lain pulak. Aku gelak. Nak tahu sebab apa? sebab aku ingat, perempuan hodoh macam aku ja yang akan selalu rasa frust atau kecewa ni. Dan aku tak sangka pulak lelaki yang punyai rupa, macam hang juga akan rasa kecewa. Well dua bulan yang sangat akrab kita hadapi sama-sama. Rasanya dua bulan ni, non-stop kita whatsapp sebab takda pergaduhan yang berlaku pun. dan aku bahagia. aku bahagia seorang-seorang sebab hang ada dengan aku. Ingat lagi?

"kenduri tengah laut harini.cantik"
"nanti nak buat dekat sinilah"

ingat lagi x weh? haha. kenapalah aku ingat setiap konversasi bodoh kita ni? hg whatsapp aku bagitahu hg nakpi kenduri. Lepastu hg bagitahu yang kenduri tu buat ditengah laut, cantik. dan kenduri hg nanti hg nak buat disitu. Aku tak pernah berangan bahawa kenduri hg tu kenduri aku. sebab aku tahu, hg pun tak maksudkan macam tu kan? haha. Then, aku kata macam ni..

"cantik sangat ka?"
"ada gambar?"

Lepastuuu hg send dekat aku beberapa gambar. ada gambar hg sorang, pakai kurta baru yg hg baru beli pagi tu dekat tepi jalan. ada gambar mak hg dgn adik hg. ada satu gambar ada mak hg, adik hg, kakak ipar hg dan oyin! Bahagia semua orang. dan sikit terdetik waktu tu, kalaulah satu hari nanti aku boleh ada dalam gambar macam tu. beruntungnya aku. *anganpun berhenti*

Sejak balik dari kenduri, hari yang sama sampai petang kita whatsapp. aku tanya pasal oyin anak buah hg tu. Lepastuu seronok hg cerita pasal dia. Ingat x apa hg kata?

"Nanti senanglah Oyin"
"kenapa?"

"Sebab pakcik dia PTD."
"Hahaha"

"Nanti anak Shida pun senang juga".

Okay. Part ni aku nak nangis sambil taip. tapi jangan risau, aku kan kental. xkan nangis sebab hg! haha. Thanks weh. sebab at least hg ada rasa macam tu, rasa nak bantu aku dengan anak aku nanti bila hg ada pangkat besar dalam kerajaan. Aku sentiasa doakan kejayaan hg weh. sentiasa :) Bila hg kata "anak Shida" maknanya, anak aku la kan? bukan anak kita la kan? * sekali lagi anganpun berhenti *
Tapi aku tetap bahagia. ada kawan macam hg, yang bila aku tunjuk bodoh aku dengan tanya macam-macam soalan, hg x pernah bising, sebolehnya hg akan jawab setiap soalan aku. Thanks weh! dua tiga kali sejak kita kenal, tak semena-mena aku akan cakap "terima kasih" dekat hg, dan hg akan tanya, "terima kasih untuk apa?". Harini aku jawab, Terima kasih untuk segala waktu yg hg habiskan untuk aku. aku harap, waktu-waktu tu Allah kira sebagai waktu-waktu yg baik, jarang kita sembang perkara sia-sia. Semua hal PTD, hal Master dan hal masa depan. Tazkirah yang hg bagi, terima kasih weh. aku hargai sampai mati.

----
Sikit lagi aku nak throwback persahabatan kita. hg tahu kan, aku suka sangat kereta BMW.
Hahaha. tiba-tiba satu hari hang bagitahu, nanti hg pakai Viva saja. konversasi kita lebih kurang macam ni..

"Shida nak laki pakai BMW ja ka?"
"Haha. kereta apapun boleh. nampak aku macam mata duitan ka?"

"Haa la. asyik mention BMW saja."
"aku akan beli BMW guna duit aku sendiri nanti. tak guna duit laki aku."

"Aku nanti guna Viva ja. asal ada kereta untuk bawa anak bini sakit p hospital."
"Sayang punya pasal, Viva pun takpelah."

dan kita gelak. menandakan bahawa konversasi yang berlaku HANYA GURAUAN. dan sekali lagi, angan-angan aku biarkan terus jadi angan-angan. Weh, terima kasih sebab jadikan aku sekuat ini dengan ujian-ujian hati yang hang buat ni. hahaha. aku pun x sangka aku boleh jadi kuat sampai bila hg tinggalkan persahabatan kita, aku masih boleh ceritakan semuanya semula dengan nada bahagia macam tiada perpisahan yang berlaku *kental* haha.

Aku tahu, hg nak sangat jadi PTD. aku ada dengan hg sejak hg exam online PTD sampailah hg pergi interview di Alor Setar. Setiap hari weh, setiap hari hg cerita pasal PTD dan setiap hari aku tak jemu pun dengar cerita-cerita hg. Aku harap, dalam ratusan kali aku "ameen" kan doa semoga hg dapat PTD, ada satu kali "ameen" itu Allah juga meng-ameen-kannya. Ameen. ada lagi satu konversasi yang mesti hg x pernah cuba nak ingatpun haha

"kalau aku dapat PTD aku belanja"
"aku nak kfc, pizza, dan semuaaa"

"yela. yela kalau dapat PTD aku belanja semua"
"belanja Oppa sekali?"

"Yela seorang 150. bajet 300 untuk 2 orang"
"Kalau aku dapat dekan, up 50 jadi 200 ek?"

"okay kalau dapat dekan 200"
-------
Hahahaha. Oppa ialah nama gelaran hg panggil Tikah. sebab Tikah gelarkan hg Oppa dan aku Unnie. dan dia selalu cakap kita ni adik-beradik :) Alhamdulillah. Thanks sudi jadi abang aku yang palig sweet walaupun tak lama. Aku doakan hg dapat PTD weh. even aku tak tahu apa-apa pasal kehidupan hg sekarang, aku sentiasa doakan yang terbaik. kadang-kadang aku nampak komen-komen hg di status wanita-wanita solehah USM. aku abaikan semua yang aku nampak. moga iman hg kuat sebab aku pernah cakap kan, wanita ni boleh buat seorang lelaki tu berjaya dan juga binasa :) jaga iman hg! Aku dah cakap sekali, aku suka hg. Perasaan ini mungkin satu kesilapan, sebab akhirnya Tuhan pisahkan tanda Tuhan tak Redha. dan aku terima.

Ingat sesuatu?

"Jom Dhuha. tengah hujan dan waktu Dhuha, Allah akan kabulkan doa"
"boleh x nak doa aku kahwin dengan.. (aku sebut nama hg waktu ni)

ini yang hg jawab,

"Kalau Tuhan kata Kun, maka jadilah kahwin."

Simple kan jawapan hg? tapi realitinya begitu. bila Tuhan kata jadi, maka ia akan jadi. dan bila Tuhan kata tidak, maka ia tidak akan terjadi.

Ohyaa. banyak kan konversasi kita. dan banyak yang aku masih ingat-ingat lupa. dan untuk malam ini, beberapa ini saja yang aku teringat untuk di throwback semula. Alhamdulillah. kenangan indah. Namun, aku tak lupa punca utama persahabatan kita terpaksa aku ranapkan sekelip mata. Sebab ada perempuan lain yang jatuh hati pada hg. Yang sanggup spam instagram aku setiap kali aku post pasal hg. yg sanggup mengadu pada hg bila aku post goodluck untuk hg iv PTD. aku minta maaf. orang macam aku, memang tak layak dihargai. aku minta maaf mungkin hg malu aku buat macam tu kan? aku dah block perempuan tu. Aku dah unfriend hg. Ini bukan pengorbanan. dan jangan cakap soal ikhlas. sebab ikhlas tu berat. tapi aku tak pulak rasa terpaksa melakukan ni semua. Aku bahagia bila ada perempuan lain bahagia dengan apa yang aku korbankan. Sebab aku dah pernah rasa sangat kecewa dengan Azuwar, hg pun tahu kan? Jadi aku xnak perempuan tu rasa kecewa yang aku rasa dulu. sakitnya sampai sekarang masih bersisa.

Jaga dia dengan iman tahu? hang baik. aku tahu dan yakin :)
Kalau ada yang suruh hang baca ni, aku minta, untuk post ini, jangan minta aku padam. aku dah penat padam semua post pasal hg dekat insta aku. untuk Blog ni, izinkan aku simpan cerita persahabatan ini.
Hanya untuk beberapa ketika, nanti bila aku sudah kuat, aku akan padam. aku janji.


Terima kasih. Assalamualaikum orang jauh.

aku tetap aku dari dulu sampai sekarang,
walaupun jauh aku disini masih mengenang.

engkau tetap engkau dari dulu sampai sekarang,
dari Ipoh ke Arau aku kirim salam sayang.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
saye degil kadang kadang :)