Total Pageviews

Thursday 10 April 2014

dari sahabat, untuk sahabat, dan kerana sakit buat kita kuat :)

Assalamualaikum, salam kasih sayang dan salam kegagahan :)
acewah!
Entry kali ni, khasnya aku tujukan untuk sahabat - sahabat aku,
jauh dimata tapi dekat dihati <3

Untuk Paah & Mas KHASnya. 
Saja nak bagitahu, kita akan sentiasa ada, saat kita memerlukan sesama kita.
InsyaAllah!

Alhamdulillah,
aku bersyukur dikurniakan sahabat macam korang, lama persahabatan kita, pada aku segala rahsia terjaga rapi antara kita bertiga kan? Rahsia apa? Rahsia berapa kali mas pernah bercinta, berapa banyaknya Mas sayang Am.
Rahsia siapa manusia yang paling Paah sayang, dan siapa yang buat Paah kecewa gilaa.
semua dalam kocek kita! haha :D

Cakap pasal kecewa kan, Thankss korang, saat aku kecewa gila dalam kehidupan, korang ada bagi semangat bertubi-tubi dekat aku. korang sahabat paling hebat!

And sekarang, aku harap aku boleh diharapkan saat korang perlukan semangat :)
okay, i'll start with Farah punya kisah dulu.

paah,
aku rasa hang cukup cukup kenal aku, aku yang dulu bukanlah yang sekarang. acewah!
baca elok-elok dan hadam pelan-pelan ayat atas tuuu :)
untuk hang sahabat, untuk hang!
"Dia yang kuat, ialah dia yang harus rela melepaskan."

macam mana mahu kuat?
aku tak ada jawapan tu weh, sebab aku juga pernah kecewa.
kecewa gila.
dan rasa kecewa itu sumpah, tak pernah hilang sampai sekarang.
Cumanya sahabat,
rasa kecewa itu, perlu kita kawal dengan rasa redha yang dahsyat.
sangat dahsyat.
Aku gembira, apabila aku terlebih dahulu merasakan perasaan HANCUR ini sebelum hang rasa.
inilah hikmahnya mungkin,
sekurang-kurangnya aku dapat menjadi sahabat yang memahami.
Ditinggalkan.
Pedih.
itu jawapan paling sesuai.
aku dulu, hari pertama .. bulan pertama .. dan bulan-bulan seterusnya,
sampailah sekarang,
aku masih cuba untuk berbahagia dengan rasa sunyi yang Allah bagi ni.
selalu semat dalam hati,
ada hikmah.
ada hikmah.
ada hikmah semua ni jadi.
Supaya nanti..supaya lepas ni..
kalau Allah bagi peluang sekali lagi kita rasa cinta dunia,
kita akan pastikan cinta itu tunjangnya syurga.
InsyaAllah.
Bertabahlah sahabat! kalau aku yang lembik ini mampu, apa bezanya kau dengan aku sahabat? kita perlu sama-sama kuat! Mujahadah itu payah, niatkan kerana Allah, insyaAllah mudah. salam kasih sayang, Nur Farah Wahidah :)

and next, untuk sahabat gaduh aku, Maszalifah..
aku tahu macam mana rasa, bila kita tengok orang dah berjaya,
tapi kita masih disini, masih cuba dan cuba menjadi seperti apa yang mereka telah jadi.
sakit!
ya. itu yang aku rasa waktu semua kawan-kawan kita dapat sambung belajar lepas SPM,
tinggal aku je yang masuk form 6, duduk asrama dan masih pakai baju sekolah.

Kawan-kawan lain,
dah bercerita pasal U masing-masing, pasal poli masing-masing.
kawan-kawan lain dah merasa cuti semester, tapi aku masih cuti pertengahan tahun atau "cuti sekolah". dush! Sakit!

Mas!
aku rasa tak salah kalau aku nak kata, aku banyakkkkkk kali lagi kecewa dari hang dan farah.
aku tak pernah cerita ni dekat hangpa,
ni aku nak cerita .. dan hadam elok-elok kenapa hang kena bersyukur :)
aku dilahirkan bukan dari keluarga yang senang, aku rasa korang tahu ayah aku kerja apa, ibu aku kerja apa, untuk sara aku dan adik-adik. Satu kekecewaan paling besar yang aku rasa bila aku tak mampu bagi result SPM yg baik dekat ibu ayah aku. aku kecewa.

Aku selalu berfikir, aku ni tak cantik, antara kawan-kawan kita, jujur aku cakap, hang palingggg cantik, selalu orang sayang, dan harus hang bersyukur untuk itu. aku juga selalu berfikir, kita sama-sama nakal, tapi Allah beri rezeki lebih dekat hang dapat pindah teknik dulu, aku ni tak dapat. satu lagi perkara hang harus bersyukur. sama juga selepas SPM, hang dapat sambung poli, aku ni, waktu tu malu wehh nak bagitahu semua orang yang aku masuk form 6. malu sangat. itu sebab aku bersyukur ada kawan macam korang, yang tak pernah buat aku rasa diri aku hina :)

dah baca ayat atas tu?
dalam 9 kali kita jatuh kecewa macam mana sekalipun,
sentiasa ingat masih ada kali yang kesepuluh untuk kita buktikan..
bahawa kita boleh berjaya,
insyaAllah :)

buat elok-elok exam nanti Mas,
aku antara orang yang nak sangat datang waktu hang bergraduasi nanti.



 
Gagal sekali, gagal dua atau tiga kali,
sentiasa semat dalam hati,
ada hikmah Allah nak bagi sahabat :)

salam kasih sayang Maszalifah.


Okay, aku rasa aku dah cukup jiwang kali ni dgn hangpa dua.
Aku sayang korang weh, sampai syurga InsyaAllah!
aku tak kata nak jadi kuat ni mudah,
sebab aku juga masih mencari-cari kekuatan itu.
tapi kita berpeluang mencuba,
dan setiap cubaan, pasti ada ganjaran kebahagiaan :)
yakin janji Tuhan !





2.35am 10 april 2014. salam kasih sayang.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
saye degil kadang kadang :)