Total Pageviews

Sunday 22 June 2014

*Special Edition*

Post ni special edition. untuk orangnya juga yang special, mungkin.
abang kacak, izinkan aku guna 'aku hang' dalam conversation ini supaya tak nampak terlalu sweet. haha :p ada satu perkara yang aku rasa penting dan perlu untuk aku tanya. dan aku taknak tahu jawapan dia dalam perkataan cuma perlu dibuktikan melalui perbuatan. sbb aku sangat yakin bahawa "actions speak louder than words".

soalannya :-
"Siapakah saya, Nurul Shahida Binti Zainal Abidin, dalam hati awak?"

tiada harapan apa-apa untuk jawapan yang sebenar dari hang.
sebab jawapan paling best untuk dibaca ditatap dan diratap adalah jawapan yang jujur dari seorang yang jujur.

cuma saya ada 2 perkara penting, dan boleh anggap ini sebagai arahan atau bahasa Dawson nya "warnings".

1- Jika hang anggap aku BUKAN seseorang yang special dalam hidup hang. aku mohon hang pergi lekas dari hidup aku. sebab, dalam usia aku 22 tahun aku tak rasa aku perlukan kawan yang hanya anggap aku tempat lepas bosan je. tambahan lagi, hang lelaki. dan aku pula tak berkawan sangat dengan lelaki.  Seriously, aku lebih suka hang pergi kalau tak berhajat nak jadikan aku isteri. Sebab tak ada matlamat sungguh kalau saja-saja nak kawan buang masa, and thats not me. Aku tak kata kalau nak kawan dgn aku, kena couple or whatsoever, jangan silap. cumanya lepasni, aku tahu la if hang still muncul dekat chat fb aku, atau dekat phone aku means hang serious nak kawan aku. at least aku tahu. itu je. :) 

2- Jika hang anggap aku SOMEONE special dalam hidup hang. ohh aku sangat berterima kasih dan terharu dan agak pelik macam mana aku boleh mendapat hati seorang lelaki yang baik. haha :p So aku harap you'll stay being like you today. baik & sangat mengambil berat. Tapi, janganlah ramai sangat skandal sana sini sebab kadang-kadang tu sakit jugak hati haha. i don't really hope so much. cuma satu, bila aku dah suka, means aku suka dan aku takkan bohong. kadang-kadang mungkin aku kasar, perkara tu bersebab. sebab aku taknak ada hati tisu sangat. yang mudah kalah dengan lelaki. taknak cepat sangat kecewa, sekurangya bila hang pergi tiba-tiba tinggalkan aku nanti, takdelah aku frust menonggeng, macam aku frust sebelum ni.

okay.
secara ringkasnya,
hang ada 2 pilihan,
to stay with me in whatever conditions,
or
to leave me as soon as possible.

pilih.
dan aku terima apa pun jawapan hang.
takkan marah.
takkan complaint.
takkan bising.
:)
Thank you.
sincerely,
me. budak baik.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
saye degil kadang kadang :)